ISLAM DAN SUKAN! PERLU BACA

Kongsikan di



“Azan tu wisel kah?”
“Kenapa tanya begitu?”
“Yalah, bila azan baru berhenti main bola.”
Errmmm… berat juga fikiran persoalan di atas ni kan? Hehe.. Jadi, persoalannya adakah kita turut melakuakan perakara yang sama ? Menjadi  azan tu sebagai wisel untuk menandakan masa permainan sudah tamat atau sebagai seruan untuk mendirikan solat?
Biasalah! Sejak kebelangan ini kita lihat PoliKK meriah dengan aktiviti sukan! (Bagus! Inilah yang kita mahu!) Namun, yang menjadi masalah di sini ialah kita sudah melanggar syarat-syarat yang digariskan oleh Islam. Terutama sekali seperti aktiviti ‘ekplorace’ yang pernah dianjurkan sebelum ini oleh beberapa kelab, sepertinya tiada beza lelaki dan perempuan.
Oleh itu, seperti dalam  filem Laksamana Do Re Mi, Sukan Islam juga ada syaratnya :
1. TIDAK MELALAIKAN SESEORANG DARIPADA MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAH SUBHANA WA TA’ALA:
“Wahai umat manusia, sesungguhnya janji Allah (membalas amal kamu) adalah benar; maka janganlah kamu diperdayakan oleh kemewahan hidup di dunia dan janganlah Syaitan yang menjadi sebesar-besar penipu itu berpeluang menyebabkan kamu terpedaya dengan (kemurahan) Allah (lalu kamu lalai dan menderhaka)”
( Surah Fathir : Ayat 5 )
2. MENJAGA BATAS PERGAULAN LELAKI & PEREMPUAN SERTA AURAT:
“Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa takwa itulah sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).”
( Al-A’raf : Ayat 26 )

SUMER:SUHIMI NAIN

loading...

1 Response to "ISLAM DAN SUKAN! PERLU BACA"

  1. ditunggu apa lagi hanya dengan minimal deposit 10.000
    mari coba keberuntungannya bersama dengan kami di FANSPOKER

    ReplyDelete

Didakwah